Wednesday, 29 February 2012

Jom jadi kaya!!!!

Tips ni aku dpt dr junk mail yg sesat lam inbox aku... walaupon junk mail tapi tips dia berguna... hehehe

Ini merupakan salah satu rahsia kekayaan yang
paling penting yang MESTI anda lakukan jika anda
mahu mengecap kekayaan.

Kekayaan... bukan sahaja untuk diri anda bahkan
untuk keluarga tersayang anda pada masa akan datang.

Dibawah ini anda lihat satu contoh keluarga yang menjana
kekayaan dengan betul dan satu lagi yang sudah agak terlewat
dan lihat kesannya pada simpanan mereka.

Terdapat dua keluarga yang tinggal berdekatan. Mereka
mempunyai dua orang anda dan mempunyai pendapatan bulanan
yang hampir sama.

Keluarga Ahmad merupakan keluarga yang bergaya. Pakaian
mereka semuanya yang branded belaka. Mereka selalu makan
diluar, shopping dan bergaya dengan kereta Honda Civic
terbaru. Produk-produk terkini seperti I-Phone, I-Pad,
TV LED adalah penting buat mereka.

Manakala keluarga Ali pula selalu memikirkan akan masa
depan anda mereka. Mereka pakai pakaian yang seadanya,
memandu kereta nasional dan yang penting mereka mula
menyimpan RM500 sebulan sebaik sahaja anak pertama mereka
lahir. Mereka menyimpan terus selama 10 tahun. Dengan
faedah 10 peratus, mereka berjaya mengumpul lebih
RM100,000.

Kemudian keluarga Ahmad mula risau. Selepas 10 tahun mereka
tiada simpanan kecuali rak yang penuh dengan baju lama dan
gajet-gajet yang ketinggalan zaman. Jadi mereka mahu mengikuti
keluarga Ali dan mula menyimpan RM1,000 sebulan selepas 10 tahun
untuk mengejar keluarga Ali!

Cuba lihat perbandingan simpanan keluarga Ali dan Ahmad:

<< Keluarga Ali simpan RM500 sebulan >>
Tahun       Simpanan (Dengan 10% Faedah)
---------------------------------

1               RM6283
 
5               RM38,718

10              RM102,422

11              RM119,430    (RM12,565- Ahmad)

15              RM207,235    (RM77,437- Ahmad)

18              RM300,281    (RM146,181- Ahmad)


Cuba perhatikan selepas 18 tahun keluarga Ali berjaya
mengumpulkan RM300,281 dengan hanya RM500 sebulan.
Sedangkan keluarga Ahmad hanya mampu mengumpul RM146,181
walaupun menyimpan RM1000 sebulan.

Fakta ini menunjukkan menyimpan pada peringkat awal
akan memberikan pulangan yang berlipat kali ganda walaupun
menyimpan dengan jumlah yang sedikit.

Dan jangan sesekali lupa akan konsep simpanan yang perlu
kita amalkan.

Gaji - Simpanan = Belanja

Dan bukannya:

Gaji - Belanja = Simpanan

* Ini bermakna, selepas mendapat gaji, anda perlu
menyimpan dahulu dan gunakan selebihnya untuk belanja.
Dan bukannya belanja dulu baru nak menyimpan, dimana
biasanya tiada langsung wang yang tinggal untuk disimpan.

Jadi, kita masih belum terlewat untuk menyimpan dan
simpan sekarang!

Renungan bersama

"Sesungguhnya Allah telah menugaskan satu malaikat berhubung dengan peringkat-peringkat kejadian anak dalam kandungan rahim ibunya dan keadaan-keadaan yang akan dilalui dan didapatinya; apabila air benih itu jatuh ke dalam rahim, malaikat bertanya, "Ya tuhanku! air benih ini akan disempurnakan kejadiannya atau tidak?" "Ya tuhanku! darah seketul ini akan disempurnakan kejadiannya atau tidak?" "Ya ...tuhanku! daging segumpal ini akan disempurnakan kejadiannya atau tidak?" Maka Allah hendak sempurnakan jadinya seorang anak, malaikat bertanya lagi, "Ya tuhanku! adakah ia seorang(yang bernasib) celaka atau (yang bernasib) bahagia?" Lelakikah ia atau perempuan? Bagaimana pula keadaan rezekinya dan ajalny? (setelah malaikat mendapat jawapanya) maka ia menulis sebagaimana yang telah diperintahkan sedang anak itu dalam perut ibunya
 Hadith Riwayat Anas a.r 

 'psssstt...
berdoalah yang terbaik untuk anak2 kita...Insyaallah dimakbulkan Allah.'
 oh..sangat besar dan banyak kerja Allah, tetapi Dia tidak pernah mengeluh. Kita? mmm Renung2kn dan selamat beramal (pinjam tagline Prof. Izi)

Monday, 27 February 2012

Jom masuk kelas !!!

SELAMAT PAGI CIKGU!!! hehehe dah lame x masuk kelas... Kelas utk ibu mengandung n baby... hehehehe Alhamdulillah cepat masuk kelas tu... banyak info dapat.Yang paling best mitos2 pasal makanan utk ibu mengandung... hehehe banyak tol mitos2 yg tersebar.. tp yang penting mummy kne banyak makan ikan n sayur2an... Pastu tgk canne proses kelahiran... fuh x dapat nk komen ape2... Itulah uniknye wanita... Xpe Mrs. Wifey jgn risau... I dh ckp kt u dlu... I dpt tau je Mrs. Wifey pregnen, trus jd Princess... i jd Chef u, tukang cuci baju, tukang kemas umah, tukang sume nye selama 1 tahun... kje Mrs. Wifey ddk n relax je smp lebam... hahahaha So i akan pastikan u makan mknn yang betul.. x makan yg merapu...

Lepas kelas trus balik ampang.. Makin bertambah bulan makin hepi famili aku x sabar nk menyambut org baru lam famili. Ayah ape2 yang dia cerita.. mesti terselit pasal baby.. mama dh x segan main peyot Mrs. Wifey sambil berborak.. ekekeke adik2 aku pown x abih2 menyakat Mrs. Wifey...

Malam otw nk balik... jalan licin pasal baru lepas ujan lebat... aku mcm biase laa bwk keta leh racing ngn kura2... tengah layan drive sorg2 tetibe ade kemalangan betul2 depan kereta aku... motor tetibe jatuh pasal bergesel ngn kereta.. nasib baik x laju... sempat berhenti n mengelak... kalau x mau kne sodok budak moto tu.... Mrs. Wifey terkejut sgt pasal dia tengah tdo mase tu n dia still ade fobia lepas kne sondol belakang mase raye thn lepas... mmm kesian mamat tu... x salah jd mangsa... org yg gesel die tu blah sambil wat muke x bersalah... aku benti kejap tolong ape yang patut.. nasib baik mamat tu xpe pape sgt... luka sikit2 je.... lepas tu... balik.... hehehehe


Utk Para Ibu


PERBUALAN SEORANG BAYI SEBELUM KELAHIRANNYA

Adalah dikisahkan….pada ketika seorang bayi akan dilahirkan ke dunia nyata.

* Bayi itu bertanya kepada Tuhan : “Para malaikat di sini mengatakan bahawa besok Engkau akan mengirimkan saya ke dunia, tetapi bagaimana cara saya hidup di sana? Saya begitu kecil dan lemah.”

Tuhan menjawab: “Aku telah memilih satu malaikat untukmu. Dia akan menjaga dan mengasihimu dengan sepenuh hatinya.”

* Bayi bertanya lagi: “Tetapi disini, didalam syurga ini, apa yang saya lakukan hanyalah bernyanyi, bermain dan tertawa…Inikan sudah cukup bagi saya untuk berbahagia.”

Tuhan menjawab: “Malaikat mu nanti akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari. Dan kamu akan merasakan kehangatan cintanya dan menjadi lebih berbahagia di sana”

* Bayi bertanya lagi: “Bagaimana mungkin saya dapat memahami orang-orang bercakap dengan saya sedangkan saya tidak memahami bahasa mereka?”

Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan berbicara kepadamu dengan bahasa yang paling indah yang pernah kamu dengar. Dan dengan penuh kesabaran dan perhatian. Dia akan mengajar kepadamu cara untuk berkata-kata.”

* Bayi bertanya lagi: “Apakah yang boleh saya lakukan ketika saya ingin berbicara kepadaMu?”

Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan mengajarkan bagaimana cara kamu berdoa dan bermunajat kepadaKu.”

* Bayi bertanya lagi:”Saya mendengar bahawa di Bumi banyak orang jahat. Siapa yang akan melindungi saya nanti?”

Tuhan menjawab: “Malaikatmu lah yang akan melindungimu, walaupun mungkin jiwa dan raga terpaksa dikorbankannya.’

* Bayi bertanya lagi: “Tapi, saya pasti akan merasa sedih kerana tidak lagi dapat melihatMu lagi.”

Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan menceritakan kepadamu tentang Aku dan akan mengajarkan bagaimana kamu nanti akan kembali juga kepadaKu, walaupun sesungguhnya Aku akan sentiasa disisimu.”

Pada saat itu, Syurga begitu tenang dan hening sehingga suara dari Bumi dapat jelas kedengaran.

* Dan sang bayi bertanya perlahan : “Tuhan, jika saya terpaksa pergi sekarang ini, bolehkah Kamu khabarkan kepadaku nama malaikat yang Kamu maksudkan itu?”

Tuhan menjawab: “Kamu akan memanggil malaikatmu itu sebagai “IBU”. Maka ingatlah, sentiasa kamu berkasih sayang dengannya dan menghargai setiap pengorbanan ibu mu. Berbakti, berdoa dan cintailah dia sepanjang masa. Dialah satu-satunya harta mu yang tiada galang gantinya, dunia mahupun akhirat.”

Dan untuk para ibu, ingatlah kisah ini dikala kamu hilang sabar dengan karenah anak-anak mu yang sedang membesar. Sesungguh nya Syurga itu dibawah telapak kakimu

Saturday, 25 February 2012

11 minggu 3 hari

Umo dia 11 minggu 3 hari.. Doktor yg cakap td.. dia tekan2 ape tah kt keyboard pastu kuar umo... mmmm kecik.. chomel n kali ni awak tunjuk awak nyer aktif ye... lompat sane lompat sini.. kaki tgn kecik chomel... br 11 minggu dh aktif camtu skali... hehe tau laa peyot mummyy tu kawasan awak sorg... Mmmm rsenye tau npe awak lasak sgt... pasal awak tau mummy n daddy tgh intai awak... awak nak bgtau yg awak tgh lapar sgt ye...dr pagi smp tgh ari x kasi mkn ape2 lg... tunjuk perasaan laa tu kononnye.. hehhehe membesar dgn sihat ye chomel.... bulan depan daddy intai lg ye...

Friday, 24 February 2012

Untuk dikongsi

New begining..
 
1. Sekitar usia 3 bulan, bayi mula menelan air ketuban dan mengeluarkannya kembali sebagai air kencing. Ini untuk melatih sistem pencernaan dan perkumuhannya.

2. Bayi boleh menangis sejak di dalam perut lagi. Sekitar usianya 3 bulan, peti suara sudah mula terbentuk dan bayi sudah mula menangis tetapi dalam diam.

3. Seawal usia 4 bulan, bayi mula meneroka ruang di sekelilingnya. Dia mula bermain dgn tali pusatnya, menghisap ibu jarinya sendiri, berenang-renang, menendang sekelilingnya dan berpusing-pusing di dalam kantungnya. Tetapi lazimnya ibu yang baru pertama kali hamil tidak akan menyedari pergerakan bayi sehigga usianya 5 bulan.

 4. Ketika usianya memasuki 4 bulan, bayi akan mula tersedu untuk melatih sistem pernafasan. Bila bayi tersedu, ibu dapat merasakan getaran halus at

5. Pada usia 5 bulan, bayi mula memberi reaksi kepada bunyi di luar perut ibunya dan akan menutup telinga dengan tangannya sendiri apabila mendengar bunyi kuat.

6. Sekitar usia 6 bulan, memori bayi mula terbentuk dan bayi dapat mengingati dan mengenali suara ibu bapanya dan mula meneroka anggota tubuh badannya. 

7. Seperti kita, bayi di dalam perut juga bermimpi seawal usianya 7 bulan. Aktiviti bermimpi ini akan melatih perkembangan otak bayi. 

8. Apabila otaknya sudah terbentuk, bayi akan dapat merasai kesakitan sejak di dalam rahim lagi. Apabila ibu tertekan atau stress, emosinya juga terganggu dan menyekat perkembangan mentalnya.

9. Sebaik sahaja deria rasanya terbentuk, bayi juga dapat merasa makanan yang dimakan oleh ibunya dan boleh mengerutkan dahinya dan memuncungkan mulutnya sebagi reaksi kepada rasa pelik makanan yang dimakan oleh ibu.

10. Sebaik sahaja lahir, pertama kali bayi membuka mata, anak matanya akan membesar untuk menampakkan kecomelannya untuk memikat hati orang di sekeliling terutama ibu bapanya. Sebab itulah bayi nampak comel ♥

Bulat ooo Bulat....

"Saye sudah gemok"... itu je ayat yg slalu terkeluar dr mulut Mrs. Wifey bile dia berdiri depan cermin atau pakai suar kegemaran dia yg dah x muat. Mmmm selera makannye makin menjadi2. Pagi sarapan nasi lemak, tgh ari makan nasik, petang keropok atau coklat, malam nasi.. kadang2 x lama lepas mkn mlm tu mintak benda leh kunyah lg.. Kalau x dpt tu... muncung dah macam muncung ayam.. hehehe

Katenye BABY KUAT MAKAN.... mmmm leh terima akal gak.. bile makan sikit, mesti Mrs. Wifey pening muntah teruk, tapi bile cukup makan, elok sihat. xpe asalkn x mintak mkn yg bukan2.. hehehe

Thursday, 23 February 2012

Saya nampak awak...

Kecil.. chomel... dan yang paling penting... doktor kate dia sihat. Hehehe 2nd time scan kat Damansara Damai Medical Center. 1st time scan x nmpk pasal dia kecik sgt lagi... kali ni scan dh jmpe dia dh, x leh nk nyorok lagi dh... Alhamdulillah awak sihat kt dalam peyot mummy. Membesar ngn baik ye... nk mam ape mintak je kt mummy... Terharu n teruja dia tgk screen tu. Itulah dia lambang kasih sayang kami berdua, sihat membesar dengan penuh kasih sayang. Dalam peyot mummy tu, baby yg punya sorg tau... nk pusing2 ke nk menonggeng ke.. xde sape kacau.. hehehehe... Selera makan baby sekarang makin demand ye skang... mummy smp nanes2 nk mam itu ini. Nasik dh x layan dh.. nk mam mknn omputeh je ye...

Mrs. Wifey skang dlm tempoh perubahan hormon... makin cepat terasa... cepat marah.. cepat sedey... naluri keibuan sudah terserlah. Nasib baik zaman sekarang ni banyak buku utk parent-to-be mcm aku ni dijual di kedai. Dapat gak aku menambah pengetahuan... bersedia dgn perubahan pe'el mummy-to-be tu...bak kata sahabatku Rain " dh jaga org pegnen ni br tau canne ssh mak bapak kite dlu jage kite mse lam perut... so jgn laa kuang ajo ngn mak bapak".

So... looking forward to intai baby lagi on next medical check up... kali ni nk amek pic dia lak.

Tuesday, 21 February 2012

8 Januari 2012

Tgh lepak2 x de wat ape kt ampang... tibe2 Mrs. Wifey ajak g Guardian.. g beli pregnancy test kit.. jeng jejeng... smp je kt umah dia trus g test... jeng jejeng lg skali... TEST POSITIF!!!!! Ha? betol ke ni? cam x caye je... mggu depan besday aku... ni ke adiah paling best utk besday aku ke 26 ni?? xde kata2 yg dpt terkeluar dr mulut... seronok yg x dpt nk digambarkn. Terbayang zaman2 yg lalu... zaman sekolah yg nakal... zaman merempit yg bengong... cam x caye yg aku akan bergelar bapa.. syukur alhamdulillah... trus ajak mama skali g check up.. ye la kate pown beginner... mne laa tau nk wat ape.. kne laa rujuk pde yg pakar.. heheheh... doktor confirm kn positif.... balik umah je x sempat nk bgtau trus tersebar berita gembira ni ke seluruh umah.. mama nyer keje... seronot beronot ronot seisi umah... ye laa 1st cucu ayah mama n 1st anak buah adik2 aku... berduyun duyun laa nasihat peringatan dr mama n ayah.... jgn bg mkn itu ini... bwk keta baik2..

Berita gumbira ni disebarkn ke family belah Mrs. Wifey lak.. alhamdulillah dorg pown tumpang gembira.. akak byk bg nasihat tenteng penjagaan ibu mengandung... hehehe terbaekkk

Pangkor.....

Seperti yg dijanjikan... Hadiah pasal kene tinggal seminggu mase LIMA ari tu, aku bwk Mrs. Wifey g bercuti ke Pangkor. Well ni kire official 1st honeymoon laa ni pasal since nikah x g memane smp la ni. Seronot beronot ronot pasal ni pown 1st time aku g sendri.. ye laa last pegi dulu umo aku 5 tahun kot... tu 20 tahun yg lepas tu... hehehe.

Sewa moto kt sane pastu jln keliling pulau... mmmm cantik pangkor ni... ramai omputeh berjemur jadi ikan masin kat tepi pantai... hehehe.. 1st day smp xde byk program, just jalan2 sekitar pulau cari tpt yg best utk di redah esk lusa.. mlm g mkn kt kedai ape tah nme die... Lalu kt jalan gelap gile. Soh aku jln kaki sorg2 kt situ mmg x dpt laa kn... bedal ikan besar gile tp sedap.... lepas mkn blk chalet trus tdo pasal esk nk g SNORKELING....

Hari ni g snorkeling. hahahah tu pown 1st time gak.... kat 1 pulau kecik yang dorg khas buat snorkeling.... best sangat... lain kali nk wat lagi tapi kt pulau lain lak. 1 perkara lawak jd mase kt pulau kecik tu... Mrs. Wifey tergolek berpusing2 pasal kne pukul ngn ombak.. siap tarik kaki makcik yg ddk ats batu tu smp terjerit2 die.. hahahaha..

Lepas snookerling dorg bwk pusing pusing naek bot kecik.. tgk batu berbentuk2 laa... landak laut laa n mcm2 lg... pastu Mrs.Wifey merengek nk maen jetski... layan kn je... besk gak... tu pown 1st time gak tu... ekekeke maen jetski dlm ujan lak tu..... mmg best...

Balik chalet.... mandi2 pastu ingat nk kuar blk.. alih2 trus tdo smp ke mlm... penat sgt.. enjoy dr pagi smp petang.... mlm kuar mkn lalu kt jln gelap tu gak.. hais xde jln laen ke yg lg selamat...

Hari balik... bgn awl pastu sempat merayap sekitar pangkor tu lg.. rse cam xnk balik pown ade... mmmm beli souvenirs sket utk bwk blk... Well bye Pangkor.... ade mase kite jmpe lagi... hehehehe

Friday, 17 February 2012

Mrs. Wifey Kena tinggal ??

Ni sume LIMA '11 nyer pasal.. hehehe 13 ari Mrs. Wifey kena tinggal.. Hehehe kesian dia. Punya laa lame aku kt Langkawi sampai dah rase cam dah jadi org Langkawi dah.. aku rase abih pulau tu aku pusing. So Mrs. Wifey jangan risau ye.. nnt kita pegi langkawi lagi i dh tau jalan dh.. x risau sesat dah. Mmm xpe nnt i bawak u honeymoon ye...

Mase aku otw nak balik, Mrs. Wifey ade cakap dia ade wat surprise utk aku.. ape dia tu ntah.. Otw balik x sepantas pegi. Jalan jem lak kat highway. Dah bape kali tido bangun dh tapi x sampai2 gak. Setelah bape jam tah, nampak dah signboard Shah Alam. Alhamdulillah sampai gak akhirnya.

Mrs. Wifey jemput aku kt opis. Nampak je dia rase nak terkam je.. hehehe anyway dia bagi coklat tertulis " Selamat Pulang Sayang" hehehe... itulaa surprise nye....

sempat snap pic PM sebelom kne tarik ngn sape tah dr belakang

Bermulanya sebuah cerita.....

Sorang awek baru masuk kje. Perangai gila2 gak laa, xde cam awek2 lain yang menggedik2. Aku xde laa nk ngorat pon pasal x terpikir pown nk ngorat ke ape... hehehe.. aku pown layan awek tu cam membe biase je laa... makin lame makin rapat pasal dia ni senang berkawan tapi yang peliknye membe aku sorang ni makin lame makin jauh ngan aku. Rupenye dia ingat aku cross line dia. Orang dah pikir camtu aku pown ape lagi, teruskan je la.

Well tu citer 6 tahun yang lepas. Bab yang lepas. Sekarang aku dah bukak bab baru. Sekarang awek tu dh pown jadi isteriku yg tercinta.

Pagi 11/11/11.. Jantung aku rase cam nk tercabut pon ade. Debaran tu makin kuat. Rase serba x kena. Petang kang nak ngadap tok kadi.Aku try laa bzkan diri.. ye laa x nak laa nmpk sangat gemuruh.

Tibelaa masanya... Sesampainye di masjid, fuh ramai gile orang. Siap ade liputan TV9 lagi. Kat masjid tu pade hari tu ade 11 pasangan yang akad nikah skali. Debaran makin kencang. Samping pon kejap senget kejap lurus. Duduk lam 1 barisan mengadap tok kadi beramai2. Kanan aku rasenye india baru masuk islam. Kiri aku mamat melayu ni yang dari tadi asik membebel takut.. takut.... aku lak yang jadi tukang tenangkn dia. Sorang demi sorang dah lepas akad, sekarang tiba giliran aku lak. jeng jejeng.... Sekali lafaz je... Laa xde laa susah sangat pown.. Yang buat takut tu bukan nak akad nikah, tapi nak ngadap tok kadi je. Tok kadi tu yang buat orang gabra, tapi tok kadi tu xde wat ape2 salah pown. Muke die xde laa garang tapi leh buat orang takut.

So sekarang aku sah bergelar suami yang akan memikul amanah dan tanggungjawab yang berat.