Monday, 31 December 2012

Thanks 2012, Welcome 2013

2012, what a great year. I'll never forget 2012, the year that full of excitement and priceless memories. Never forget about my 1st honeymoon, its about how we enjoy it, not the destination that matters.
Never forget the feeling when the doctor confirmed that Mrs.Wifey was pregnent. Cant describe it even with a single words. ITS PRICELESS. The 9 month full of surprises, excitement. Its feel like a dreams to me, a wonderfull dream.
Welcoming newest member in family, our lil princess, Nur Imman Sumayyah, will do anything for her.
 
My happy family
Thank you allah for giving us chance to live as our happy life today. Hopefully more great things will come in 2013, in syaa allah.
Good bye 2012.

Monday, 17 December 2012

Lil princess 3 months old

Imman kne buli.. heheheh
 
Alhamdulillah lil princess dh berusia 3 bulan, sihat, kuat n makin chomel hehehe... mmm dh makin mengada2 dh perangai tu. Mulut pown dh mula becok. Moga membesar dgn sihat. Mummy daddy n whole family doakan Nur Imman Sumayyah membesar dgn sihat, pandai n menjadi anak yg soleh. 

Thursday, 13 December 2012

si manja ku yang sangat manja :)

imman sangat2 manja la sekarang ni,makin menjadi2 dia punyer manja tu..takleh kene marah,n kalau org cakap tinggi suara pon imman ingat org marah dia..mama lisa pon dah penah kena ngan imman..mama lisa tinggi suara,imman yang nangis menjerit2..haha..lawak2..imman suka sangat kalau org pegang dia,sambil belai2 dia..lagi2 mummy daddy yang peluk2 imman..diam jer dia,kalau mummy ade kat rumah,mula la dia ngade2..manja sangat2..geram tgk..cam nak kene gigit jer rasa:)
ari tu balik kampung daddy,1st time imman jalan jauh..wah2,famous amos betul anak dara i ni..lepas satu tangan ke satu tangan yang pegang dia..kejap2 ilang ke sana,ilang ke sini..tapi,bila imman jerit nak susu,sume org tala kat mummy..haha..pandai2..penat satu ari kene dukung,imman ngamuk masa nak tido malam..dukung jer,lena la tido..letak kat tilam..wah2,besar mata dia ea..last2 dah berkali2 mcm tu,hehe..kene bedung ngan mummy..puas ati tgk..baru la imman lena sampai la ke pagi,malam2 bangun nak susu jer..cian baby mummy penat sangat..tapi takpe,imman dapat jumpa onyang,atuk2,nenek2,makcik2,pakcik2 ramai lagi la..:D

Budak suka melaram :)

Budak kuat ngamuk kene bedung..

Budak kepenatan

Imman ngamuk sebab bg susu botol..

lepas ni imman ade trip lain plak,lagi jauh..kite jalan2 lagi....jyeahhhh..tak sabar bawak imman jalan2:)

Wednesday, 12 December 2012

Ilmu diterima adalah utk dikongsi bersama II

 1.Jangan pukul anak dari lutut ke atas

2.Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak dengan tangan dan jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita. nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh control.

3.Rotan/pukul anak di telapak kakinya . Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak.

4.Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri.

5.Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk).

6.Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran).

7.Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).

8.Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap.

9.Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).

10.Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.

11.Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)

12.Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.

13.Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.

14.Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).

15.Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.

16.Luangkanlah masa bersama anak anda di luar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.

17.Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.

18.Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

19.Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam.

20.Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.

21.Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.

22.Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.

Anak2 perlukan sentuhan dan belaian ,bukan dengan memukul atau mengherdik.

*Credit to Tuan Punya Post

Thursday, 6 December 2012

Ilmu diterima adalah untuk dikongsi bersama

Sekadar nasihat kepada diri sendiri dan ibu bapa di luar sana
 

 
* Credit to owner gambar ni.