Monday, 25 February 2013

semakin bijak :)

lagi berapa hari imman dah masuk 6bulan..besar dah buah hati mummy daddy ni..makin hari makin bijak..ade je benda dia buat bagi mummy n daddy tergelak..skg dah pandai jelir2 lidah u,alahai comel jer..kecik je lidah tu..macam nak cubit2 jer..satu perangai yang makin menjadi2,tak boleh kene marah..kalau kene marah ngan mummy,menjerit2 la dia..bukan nangis,menjerit2 sebab melawan..kelakar sangat perangai tu..bak kata neneknya la..pandai imman..kuat jerit,pandai imman..kuat ngamuk,pandai imman..suka buang2 susu,pandai imman..hahaha..sumanya la imman yg pandai..

dua tiga hari ni imman tak berapa sihat,selsema batuk..kesian sangat kat dia..merangam je..taknak duduk bawah,kalau boleh nak berdukung jer..kesian kat nenek,tak larat sangat..hehe,sabtu ahad mummy cuti..dia manja lebih la..satu hari taknak letak..nak berpegang jer..tu satu hal,tido malam taknak kat katil dia..nak tido kat mummy,sambil berdukung n dipeluk2..berpeluh2 badan,tapi dia nak jugak berdukung..letak je,menjerit2 sambil mata terpejam..nak taknak,dukung je la..tido sambil duduk la mummy..hehehe..imman imman..takpe sayang,demi keselesaan imman..mummy sanggup..cepat sembuh ea sayang..sebab ahad ni majlis aqiqah,cukur jambul n berendui imman..imman kene sihat sayang..:)

tak sabar nak tunggu ahad ni,macam2 nak kene buat sempena majlis imman...excited buat semuanya sendiri..:D




budak kecik yg lasak :) 
shame shame :)

pelbagai memek muka :)

jalan2 time :)




Thursday, 7 February 2013

Fakta menarik tentang bayi





1. Bayi tiada kepala lutut. Ia tidak membentuk sehinggalah bayi berusia 6 bulan. Tidak digalakkan bermain Muay Thai pada usia bawah 6 bulan.

2. Bayi tiada air mata. Mereka menangis dan menjerit tetapi air mata sebenar tidak wujud sehinggalah bayi berusia 5 minggu.

3. Mereka mempunyai lebih tulang. Orang dewasa mempunyai 206 dan bayi pula 300 tulang. Kebanyakan dari tulang tersebut bercantum semasa bayi membesar.

4. Empat dari 10 bayi mempunyai tanda lahir.

5. Bayi mempunyai deria bau yang kuat. Boleh mengenali bau badan ibu sebaik dilahirkan.

6. Penglihatan bayi kabur sebaik sahaja dilahirkan.

7. Rambut bayi yang tumbuh semasa dalam rahim ibu akan gugur beransur ansur dan digantikan sepenuhnya oleh rambut baru apabila berusia 6 bulan.

8. Bayi baru lahir secara genetiknya mempunyai deria bunyi yang kuat. Boleh membezakan bunyi-buyian dan boleh mengenali suara ibu serta merta semasa dilahirkan

9. Deria rasa bayi masih tidak berbentuknya sepenuhnya semasa lahir. Tidak boleh membezakan rasa seperti manis atau masin dengan baik.

10. Jantung bayi baru lahir berdenyut diantara 120-160 degupan seminit berbanding dengan degupan jantung orang dewasa iaitu 60-80 seminit.

11. Bayi bernafas lebih cepat iaitu 30-50 nafas seminit berbanding dengan orang dewasa 16-20 nafas seminit.

12. Berat bayi bertambah 2 kali ganda dari berat semasa lahir pada usia 6 bulan.

13. Mendengarkan musik klasikal menambah kepintaran bayi (bukan musik rock ke, balada ke pop yeh yeh ke tau... hehe)

14. Bayi baru lahir tidur 15-20 jam sehari.

15. Bayi cuma mempunyai satu lapisan kulit sebab itulah ia akan alah dan kemerahan dengan senang kepada losyen wangi, sentuhan kasar, gigitan serangga dan orang DLL.

16. Bayi mempunyai kebolehan menyelam sebaik dilahirkan tetapi kebolehan tersebut akan hilang dengan cepatnya.

* Credit to Tuan Punay post