Mmmmm dh masuk minggu ke-39... X lama lg laa tu. Menghitung detik demi detik menyambut kehadiran anggota baru dlm keluargaku. Terkenang kembali detik mula berkenalan. Sama2 ber"teman tapi mesra". Bersusah senang. Teringat mase baru nk mula membina tapak kerjaya. Fuh susah gak masa tu. Dari zaman naik moto yg sangat berjasa tu, tolak moto tgh2 highway tu kira perkara biasa. Sampailaa dh mampu pakai kereta. Dari zaman keje restoran pegi pagi balik pagi. Nak jumpe matahari pown payah. Zaman mengumpul duit nak kawen. Alhamdulillah sekarang dh semakin meningkat. Sangat2 bersyukur kerana aku dpt menempuh semua tu disamping Mrs. Wifey yg sentiasa berada bukan di belakang atau di hadapan, tetapi sentiasa di sisi memberi sokongan yg tidak berbelah bagi.
Detik2 terakhir sebelum kelahiran permata hati pertama ni terasa bagai terlalu lama. Dari saat pertama kali mendapat khabar gembira hingga la ke minggu lepas bagai tidak terasa tapi hari2 menanti kelahiran ni yg terasa sgt lama. Lil princess pown dh byk bagi hint nk keluar tp tu hint je, bukan betul2. Mmmmm member2 yg sama due dh ade yg bersalin dh. Tu yg menambah lg debaran tu. Lil princess seronok sgt dok lam peyot mummy smp xmo keluar lak ekh. Anyway x kisah laa bile2 pown nak keluar. Dah betul2 ready br keluar. Xnk laa keluar secara paksa lak.
Itu saja buat kali ni. See ya. Nantikan update berita gembira di post akan datang!!!!