Wednesday, 23 January 2013

lawak disubuh hari :)

         lawak lawak..asik terpikir pasal daddy n imman punyer hal subuh2 tadi..yang si anak ni dah tentu2 la perangainya nak bergantung jer,tak minum susu pon,nak gantung jugak..asalkan ade benda kat mulut dia..tapi disebabkan asik nak bergantung,berlaku sikit insiden yang tak dapat dielak..hehehe..maknanya,tak dapat la imman nak bergantung kat mummy time subuh tu sampai berjam2..terpaksa la imman minum susu dalam botol untuk beberapa hari ni,sementara   tunggu botol bergerak imman sembuh sediakala..

       so,macam biasa la..pukul 3lebih...imman bangun,bangun2 siap main2 sendiri dulu,ape yang dia main n cakap sorg2 pon tatau..lama sikit,bila tgk mummy n daddy tak angkat dia..jengjeng,keluarlah suara nya yang nyaring tu..mummy pon dengan pantas la angkt imman..sebenar nya dah sedar lama dah,saje dok perati imman main2..malas nak angkat imman awal2,biar dia jerit dulu..hahaha..skali tepat sangkaan mummy..anak dara ni kalau tak menjerit,mmg tak lengkap harinya..hehehe..

       so,dalam keadaan genting,imman mengamuk disubuh hari..daddy pon menjalankan rutin nya,iaitu..buat susu untuk imman..tima kasih daddy,sebab sama2 jaga imman n berjaga disubuh2 hari untuk menenangkan anak dara u yang suka menjerit n mengejutkan seisi rumah ni..hahaha..tapi,yang lawak nya si daddy ni pulak..haishhhh..tau la mata daddy tu kelat2 je bangun,tapi jangan la sampai sume benda pon tak nampak daddy oiiii...alahai..nasib baik mummy perasan..kalau tak,minum susu perisa semut merah la anak dara mummy ni...kalau sekor,boleh la dibuang semut tu..ni tak,sampai berekor2 semut dalam susu imman...apalagi,sebotol tu trus mummy buat,takmau aih biar imman minum susu perisa semut..sementara nak basuh botol n buat susu lain tu,menjerit2 la anak dara sorg ni,nak susu..tapi yang tak tahan nya,menjerit2 mintak susu..tapi mata pejam,acaner tu..hehehe..

       pastu demand lak tu,nak minum susu botol ala2 minum susu badan..baring nak mengiring,sambil kene popok montot..pastu siap main2 lagi minum susu..agaknya imman ingat pukul 3petang kot..padahal mata mummy dah kelat2 nampak bantal jer nih..tapi demi si kenit ni,besarkan jugak mata yang ngantuk ni..abis jer susu,mata imman dah mula layu..mummy cepat2 popok imman,biar lena..supaya dapat la mummy sambung tido seperti daddy yang sudah lena diulit mimpi tu..hehehe..yes,berjaya tido kan imman semula,mummy pon nak tido..dengan harapan dapat tido lama sikit..skali tgk jam dah kul 5lebih..mmm,nampaknya dapat tido sejam lebih je la..sebabnya nak keje jap lagi..takpe2,sejam pon sejam la..janji dapat lelapkan mata yang dah layu ni...

       haish..panjangnyer karangan..padahal cite kisah disubuh hari jer..ni kalau cerita pada suatu hati ni mau jadi karangan sekolah menengah dah ni..hehehe..oke2,nak sambung membizikan diri..nanti chapters2 lagi :) 

aish aish aish,pening paler la..

lasak sungguh tidur,muka ayu jer..skali kaki terkeluar cam tu :)

ni mmg lasak sangat2 la ni,main2 disubuh hari sorg2,kaki pon terkeluar2 :)


melayan diri :)

Monday, 21 January 2013

perangai dua buah hati ku :)

makin besar anak mummy ni,makin mcm2 perangai dia dapat..hehehe..skg malam2 mmg suka berjaga n ajak main,n suka sangat menyusu badan sampai berjam2..time2 mata mummy kelat2 nak bukak,time tu la paling imman suka buat perangai...kalau tak layan,menjerit2 la jawabnya..:D
tapi imman mmg budak bijak sangat,sebabnya..dia tau waktu2 tu kan mummy ngantuk,dia bising2..tapi bila mummy bangun,tgk muka dia..dia senyummmm meleret...alahai,sejuk ati mummy..tak jadi nak marah..hehehe..last2,layankan aje perangai dia tu..kalau ngan daddy,huh..mau menjerit2 ngamuk2 dia takmau..sebabnya daddy cakap.."eleh,daddy takde upah sedap (nenen)..imman taknak la ngan daddy"..
hehehe..chomel je,perangai anak ngan daddy same jer,manja,ngada2,kelakar..ade je benda yang nak bg mummy marah,pastu gelak sebab geli ati ngan perangai dua buah ati mummy ni :)
imman suka sangat senyum sekarang ni,pantang kene agah sikit,senyum jer..buat org geram..mulut makin becok,melawan mummy no 1..hehehe..

Thursday, 17 January 2013

13-jan-2013

13-Jan-2013,date penting untuk daddy...selamat ulang tahun yang ke 27tahun daddy..semoga daddy sentiasa bahagia bersama mummy n imman..berjaya dalam ape je yang daddy buat,dunia dan akhirat..semoga daddy dapat membimbing mummy n imman menjadi hamba yang beriman..dan semoga rumahtangga kita kekal bahagia hingga ke syurga..mummy n imman sayang sangat2 kat daddy..dan..dan..dan..selamat ulangtahun pertama sebagai daddy :D

hehehe..cerita nya,bangun pagi2..kemas2 umah n apa2 yang patut..mandikan imman,pastu tidokan imman kejap..hehehe,terus cakap kat daddy ajak g bukit tinggi,bawak imman jalan2 makan angin..daddy pon oke jer kalau ajak jalan,tu yang mummy sayang lebih tu :)

Masing2 pon siap mandi2,pakai serba pink..chomel jer rasa..mak siap bekalkan bihun sup lagi untuk makan masa kat sana nanti..bahagianya dapat mak macam mak ni :)

OTW to bukit tinggi..Hai lah imman,masuk kete je tido,ratu tido dalam kete,dah rampas takhta mummy nampaknya..
sepanjang jalan tido,tak bising langsung,senang betul melayan anak dara sorg ni..tak banyak ragam..sejuk peyut mummy preggykan awak..:D ayat org dulu2..hahahaha..

BUKIT TINGGI:
jalan2 ronda2 semua tempat,bergambar bagai nak rak..tapi kalau mummy ngan imman bergambar,daddy kene amikkan..kalau daddy ngan imman bergambar,mummy kene amikkan..nak ade pic bertiga,nampak muka je la,nama kata nak nampak pemandangan,harapan jer la..sebabnya,amik sendiri..hehehe...penat sangat berjalan satu bukit tinggi,sampai ngamuk2 anak dara sorg ni,bagi je susu..kesiannya,macam tak dapat susu dah berhari2..penatnya mcm dia jalan kaki sendiri jer..ingat nak singgah taman rabbit,sebelum balik kl,skali..masuk je kereta,terus tido..alahai,penatnya..tak sampai ati nak kejutkan..so,batalkan niat ke taman rabbit..balik kl terus jer la...seronok dapat bawak imman jalan2,tgk swan,tgk bunga2,tempat sejuk,pemandangan cantik..tak sabar tunggu percutian seterusnya pulak..

sampai je damai,terus en sayang cakap nak makan spegeti sardin..hehehe,g la beli barang2..dah alang2 nak masak,call suma adik beradik ajak datang makan kat umah,sambil menyambut beday daddy..walaupon sumenya tak dirancang,alhamdullilah..berkumpul bersama2 keluarga,meriah sangat..siap suh pipit g beli kek senyap2..beday party yang tak seberapa,tapi cukup bermakna..beday daddy yang pertama bersama imman..daddy's lil princess yang sangat2 manja..:D

P/s:  Daddy dah makin tua :D



pinky winky :)


Amboi2,duduk macam org besar2 jer kan :)

mummy n imman,sape lagi chomel..hahaha :)

imman nak kuda betul la daddy :)

tenyum2 dapat jalan2..sukernya :D

eh2,dua budak kecik yang noty kusyuk tgk lilin :)

aceh pon nak jugak :)

hepi beday to daddy :)

hai lah cik imman...

       Lama rasanya tak bercerita pasal my princess..mmm..macam2 perangai imman sekarang ni,makin bijak,makin noty,makin kuat merintah,makin kuat mengamuk..hehehe..chomel sangat perangai tu..skg ni plak,imman suka sangat bangun tengah2 malam..menjerit2 panggil mummy daddy suh angkat dia dari katil dia..lepas tu,bila menyusu sampai tanak lepas..kalau lepas jer,leh mengamuk sakan la..kalau dulu,bangun dari tido,slagi mummy daddy tak sedar,boleh je dia main sorg2 dalam katil tu..skg ni,jgn harap..menjerit,satu rumah boleh dengar..aiii la sayang,perangai ape la ni,mcm2 perangai awak dapat ea..

      Semalam lagi kelakar,imman menjerit pukul 3 pagi,nak susu badan..susu kejep,gantung je lebih..mummy sampai ngantuk2 dibuatnya..bila cabut,dia punyer menjerit,mcm kene pukul jer..bila mummy membebel2,dia boleh pandang muka mummy sambil kerut2 kening,pastu menjerit kat mummy..haaaihhhhhh(dengan nada geram dia tu)..amboi,pandai melawan ea skg..mulut becok yang teramat..kalau dengan nenek,semuanya..."imman pandai,imman bijak,imman cerdik"..yelah nenek,sumenya la imman pandai..ngamuk pon pandai ea..hehehe..mcm2 la sayang mummy ni..

      Tak kisah la ape pon perangai imman,asalkan imman sentiasa ceria n happy..membesar dengan sihat n dengan penuh kasih sayang..

Budak yang sangat suka memerintah :D




Wednesday, 9 January 2013

8 January 2013

Happy 4th Month to my lil princess. Harini genap 4 bulan umur lil princess kesygan ni.. Makin nakal, makin bijak, makin chomel. Hehehe tp sekarang ni lil princess tgh x sihat. Batuk n selsema. Semoga cepat sembuh yg yayang.

ni stokin baru imman tau... cantik x?
konon2 budak besar laa tu... minum susu peang sendiri botol sebelah tangan
 
 
8 Januari muncul kembali. Masih ingat lg tarikh 8 Januari ni? setahun telah berlalu, 8 Januari ini menjadi titik permulaan pengembaraan yg sgt menyeronokkan. In this very same date, mummy daddy n seluruh family telah mendapat perkhabaran gembira. 8 Januari lah tarikh kami semua tahu kehadiran Nur Imman Sumayyah dlm hidup kami semua. Hari yg sangat2 seronok. Setahun kemudian, lil princess telahpun berumur 4 bulan. Alhamdulillah.
 
 


1st day imman meniarap.

pejam celik,pejam celik..tak sangka dah 4 bulan 1hari dah baby mummy..pelan2 ea sayang,belajar satu2,ikut step..
tadi mak msg..
mak: adek imman dah pandai meniarap..imman dapat satu benda lagi..ape lagi,terus call mak,sebab rasa hapi yang teramat..tapi sedih jugak,mummy tak dapat tgk 1st moment imman meniarap..paten pon msg tadi,dia cakap imman asik nak meniarap jer..tanak baring langsung..hihi..baru pandai meniarap la katakan..mummy happy sangat2 arini..dapat tau perkembangan imman..
makin bijak anak mummy ni,lepas satu2 dia dapat..mulut becok tu dah tentu la kan..hahaha..
nak susu dia bebel,nak tido dia bebel,ngamuk tayah cakap..imman la juara..dah pandai nak ajak main la..
semoga anak mummy membesar dengar sihat,n cepat2 belajar perkara baru ea sayang..:D
teruja sangat2...

Monday, 7 January 2013

Ilmu diterima adalah utk dikongsi bersama III

Cara yg berkesan untuk tidurkan bayi
 
 


Tidur yang tipikal pada usia ini
Bayi yang baru lahir akan banyak tidur – kira-kira 17 hingga 18 jam sehari pada beberapa minggu pertama dan 15 jam sehari menjelang bulan ketiga. Walau bagaimanapun, mereka tidur tidak lebih daripada tiga hingga empat jam pada satu-satu masa, sama ada pada waktu siang atau waktu malam. Ini bermakna: Anda tidak akan dapat tidur terus tanpa gangguan. Pada waktu malam pula, anda akan terpaksa bangun untuk menyusukan anak dan menukar lampin; pada waktu siang pula, anda juga akan bermain dengannya.

Ramai ibu bapa risau mengenai risiko kematian kot pada masa beberapa bulan pertama usia bayi. Apa yang disarankan ialah supaya semasa ia berusia enam bulan ke bawah, bayi tidur pada waktu malam di dalam kot yang terletak di sebelah katil ibu bapa. Saranan lain termasuklah:

• Letakkan bayi anda dalam keadaan telentang, bukannya meniarap atau disisinya.

• Letakkan dia dengan kakinya rapat dengan hujung kot supaya dia tidak dapat menggeliang-geliut mengelungsur masuk ke dalam selimut.

• Pastikan suhu bilik bayi anda adalah di sekitar 24 darjah C.

• Bagi kain-kain alas katil, gunakan cadar dan selimut yang berongga dan bukannya duvet.

• Periksa yang bayi anda tidak terlalu panas atau terlalu sejuk dengan merasa bahagian perutnya: jika dia terlalu panas, alihkan selimut; jika dia sejuk, selimutkannya. Jangan memeriksa di bahagian tangan atau kakinya sebab adalah normal bagi bahagian-bahagian itu berasa sejuk.

Walaupun sesetengah bayi tidur sepanjang malam seawal lapan minggu, kebanyakan bayi belum boleh melakukan sebegini sehingga mereka berusia lima atau enam bulan, atau lebih lewat dari itu. Jika anda mahu bayi anda tidur sepanjang malam, anda boleh membantunya dengan mengajarnya tabiat tidur yang baik seawal mungkin.
 
 
Bagaimanakah anda boleh mewujudkan tabiat tidur yang baik
Berikut adalah beberapa perkara terbaik yang boleh anda lakukan untuk membantu bayi anda tidur pada usia ini:

1. Belajar mengenal pasti tanda-tanda yang menunjukkan dia sudah letih

Semasa usia enam hingga lapan minggu, bayi anda tidak boleh berjaga lebih daripada dua jam pada satu-satu masa. Jika anda lewat menidurkannya, dia akan terasa terlalu letih dan tidak akan dapat lena dengan mudah. Lihatlah tanda-tanda yang menunjukkan bayi anda sudah mengantuk. Adakah dia menggosok matanya, menarik telinganya atau menunjukkan lingkaran hitam di bawah matanya? Jika anda mengesan tanda-tanda ini atau tanda mengantuk yang lain, cuba letakkan dia ke dalam kot atau raga kendongnya. Lama-kelamaan anda akan memahami secara intuitif mengenai ritma dan pola harian bayi anda dan akan tahu bila masanya dia sudah bersedia untuk tidur.
 
 
2. Mula mengajarnya perbezaan di antara siang dan malam

Sesetengah bayi suka berjaga pada waktu malam (anda mungkin dapat petandanya semasa anda hamil dahulu) dan kadangkala bayi anda akan berjaga apabila anda baru sahaja lena. Hari-hari pertama selepas kelahiran, anda tidak akan dapat menangani ini. Tetapi apabila bayi anda berusia kira-kira dua minggu, anda sudah boleh mengajarnya membezakan malam daripada siang. Apabila dia giat dan berjaga pada waktu siang, bermainlah dengannya sekerap mungkin, pastikan rumah anda dan biliknya cerah dan terang, dan jangan risau mengenai kebisingan biasa seperti telefon, TV atau mesin basuh. Jika dia suka tidur semasa sedang menyusu, kejutkan dia. Pada waktu malam, cuba jangan bermain dengannya apabila anda masuk ke biliknya untuk menyusukannya. Pastikan cahaya dalam rumah dan bunyi-bunyi bising di tahap minima, dan jangan terlalu banyak bercakap dengannya. Tidak lama lagi, dia akan tahu bahawa waktu malam ialah waktu untuk tidur.
 
3. Berikan dia peluang untuk tidur dengan sendiri (jangan asik nak dokong je)

Apabila dia berusia enam hingga lapan minggu, anda boleh cuba memberi peluang kepada bayi anda untuk tidur dengan sendiri. Cara terbaik melakukannya ialah dengan meletakkannya di katil semasa dia sedang mengantuk, tetapi masih berjaga.

Bagaimana anda menidurkan bayi anda adalah penting. Anda mungkin merasakan bahawa apa yang anda lakukan semasa hari-hari permulaan itu tidak mempunyai kesan yang berpanjangan, tetapi sebenarnya ada. Bayi sedang belajar bagaimana untuk tidur. Jika anda dodoikan bayi anda untuk tidur setiap malam pada lapan minggu permulaan, dia akan mahu didodoi setiap kali. Inilah sebabnya sesetengah pakar tidak menyokong anda mendodoi atau menyusukan bayi anda untuk tidur, walaupun dia masih di usia yang muda. Untuk mewujudkan cara tidur bayi yang mantap, anda perlu menggunakan strategi yang sama setiap malam.
 
Kesulitan yang mungkin timbul

Tidak banyak perkara yang boleh menganggu gaya tidur bayi yang masih kecil. Tetapi apabila anak anda berusia dua atau tiga bulan, dia mungkin akan:

• terjaga pada waktu malam dengan lebih kerap daripada yang sepatutnya;

• mengaitkan perkara tertentu dengan aktiviti tidur yang berkemungkinan akan membawa masalah kepada anda nanti.

Bayi yang baru lahir perlu bangun pada waktu malam supaya mereka dapat menyusu tetapi sesetengahnya akan terkejut dari tidur sebelum mereka perlu menyusu. Kadang-kala kehadiran anda berhampirannya akan menenangkannya dan dia akan kembali tidur.

Untuk mengelakkan bayi mengaitkan (membuat asosiasi) perkara tertentu dengan tidurnya di mana bayi bergantung kepada sesuatu seperti dodoian atau penyusuan untuk lena, letakkan saja bayi anda di katil sebelum dia tidur dan biarkan dia lena dengan sendirinya.
 
Penyelesaian masalah tidur
Anda perlu mengajar bayi anda sedikit demi sedikit bagaimana untuk tidur sepanjang malam. Para pakar tidak sependapat mengenai cara terbaik untuk melakukannya dan terdapat pelbagai falsafah yang bercanggah. Beberapa cara penyelesaian utama digariskan di bawah.
Penyelesaian 1
Bayi anda boleh dilatih untuk memperolehi tabiat tidur yang baik seawal usia enam minggu. Caranya ialah mewujudkan rutin tidur malam dan tidur siang yang konsisten dan meletakkan bayi di atas katilnya semasa dia masih berjaga. Selagi anak anda boleh tidur dengan sendiri, anda boleh melayan panggilannya pada waktu tengah malam atau semasa tidur di siang hari. Gantikan sebarang asosiasi tidur yang bergantung kepada kehadiran anda (apa saja yang memerlukan anda berada di situ seperti dodoian atau penyusuan) dengan barang lain yang akan berada di situ semasa bayi anda terjaga (seperti selimut kegemarannya).
 
Penyelesaian 2
Anda mahu melakukan yang terbaik untuk anak anda dan membantunya membentuk tabiat tidur yang baik merupakan sebahagian daripadanya. Anak anda belum faham lagi mengenai apa yang terbaik untuknya dan akan menangis jika dia tidak mendapat apa yang dia mahukan. Matlamat anda ialah membantunya tidur dan belajar tidur dengan sendiri.
Penyelesaian 3

Latihkanlah bayi anda untuk tidur dengan sendiri serta dapat menenangkan dirinya sendiri apabila dia terjaga. Anda boleh membantunya membezakan antara malam dan siang dari mula dengan mengadakan penyusuan malam dalam keadaan senyap dan tenang, manakala di waktu siang, mengejutkannya jika dia tidur terlalu lewat. Lama-kelamaan dia akan belajar untuk menyimpan tidur panjangnya untuk waktu malam. Jika dia terjaga, gunakan suara anda untuk menenangkannya tetapi lebihkan tempoh masa antara jarak waktu anda mendekatinya. Ini akan membantunya belajar tidur dengan sendiri.

Penyelesaian 4

Bantu bayi anda untuk relaks dan biar dia tahu bagaimana menenangkan dirinya sendiri. Jangan biarkan dia "meluahkan tangisannya," tetapi jangan pula terus pergi kepadanya apabila dia mula merengek. Tunggulah beberapa minit dan pastikan dia benar-benar terganggu dan terjaga, barulah masuk ke biliknya, meyakinkannya dan menenangkannya tanpa mengangkatnya keluar dari kot atau raganya. Sebaliknya, usap dan tenangkannya dengan menggunakan tangan anda dan bercakaplah dengannya. Pada mulanya, pergi kepadanya setiap beberapa minit, tetapi lama-kelamaan panggilkan namanya saja dari luar bilik. Adalah satu idea yang baik untuk mewujudkan rutin waktu tidur yang tenang dan menyokong yang meliputi cerita pengantar tidur, mandian dan lain-lain.
Penyelesaian 5

Bina sikap tidur yang positif dalam anak anda dengan sentiasa menyokongnya selain memberikannya persekitaran yang tenang dan relaks yang akan membuat dia mengantuk. Dia akan belajar menganggap tidur sebagai sesuatu yang menyeronokkan, dan bukan sesuatu yang ditakuti.

* Credit to babycenter n tukang post