50 aktiviti menarik (dan berdasarkan sains) yg disyorkan ini pasti membuahkan hasil.
1.
BERTENTANG MATA.
Ambil peluang ketika mata si kecil terbuka luas dan lihat dalam-dalam
anak matanya. Bayi kecil dapat mengenal wajah di awal usia dan wajah
anda adlah yang paling penting. Setiap kali dia
merenung anda, dia sedang membina memorinya.
2.
BERCAKAP-CAKAP DENGANNYA.
Walaupun reaksi yang akan anda dapat adalah rupa keliru dan hairan di
wajahnya, cuba berhenti sebentar di antara ayat untuk menggalakkan bayi
memberi reaksi. Lama-kelamaan, dia akan dapat menangkap ritma perbualan
dan mengisi ruang kosong yang anda biarkan senyap tadi.
3.
JIKA BOLEH, SUSUKAN DENGAN SUSU BADAN.
Lakukan selama mana yang anda boleh. Tahukah anda bahawa kenyataannya
adalah, kanak-kanak bersekolah yang disusukan badan semasa bayi tinggi
Iqnya. Tambahan pula, dengan menyusu badan anda dapat merapatkan
hubungan dengan bayi sambil menyanyi, bercakap atau membelai rambutnya.
4.
JELIRKAN LIDAH.
Kajian menunjukkan bahawa bayi yang baru lahir semuda dua hari dapat
meniru pergerakan wajah yang mudah – ia menandakan kaedah penyelesaian
masalah di awal usia.
5.
HASILKAN BUKU BINATANG.
Sekali lagi anda melawat zoo, ambillah gambar-gambar haiwan kesukaannya
untuk dialbumkan. Kemudian, ‘bacalah’ buku itu bersama-sma sambil
menamakan haiwan yang dikenali atau membuat bunyi-bunyi binatang dan
cerita haiwan.
6.
GELETEKLAH BAYI ANDA.
Geletek keseluruhan tubuhnya. Ketawa, merupakan langkah pertama dalam
perkembangan humour bayi. Permainan seperti ‘cak cekur’ dan ‘labah-labah
panjat perigi’ dapat mengajar anak bagaimana hendak menjangka apa yang
bakal berlaku.
7.
TUNJUKKAN PERBEZAAN.
Pegang dua keping gambar lebih kurang 8-12 inci jaraknya dari muka bayi
anda. Gambar-gambar tersebut seharusnya lebih kurang sama tetapi ada
sedikit perbezaan (mungkin salah satunya ada pokok dan satu lagi tiada).
Bayi yang masih kecil pun boleh melihat kedua-duanya dengan teliti dan
mencari perbezaannya. Ini dapat membantu perkembangan dalam pengecaman
huruf dam pembacaan apabila dia besar kelak.8. BERKONGSI PANDANGAN.
Bawalah bayi anda berjalan-jalan dalam pendukung bayi yang boleh diikat
ke badan anda dan beritahu semua perkara yang anda nampak kepadanya.
“Tengok anak kucing tu” atau “Besarkan pokok ni!” atau “ Dengar tak
bunyi bomba tu?” – untuk membekalkan bayi anda dengan sebanyak mungkin
perbendaharaan kata.
9.
NYANYIKAN LAGU UNTUKNYA. Belajarlah sebanyak mungkin lagu yang
anda boleh atau rekalah lagu anda sendiri (“mari kita tukar lampin,
tukar lampin, tukar lampin….”). Mainkan lagu Beethoven atau Beatles… Ada
kajian yang mencadangkan bahawa mempelajari ritma muzik, ada kaitan
dengan pembelajaran matematik.
10.
GUNAKAN MASA MENUKAR LAMPIN SEPENUHNYA.
Gunakan waktu menukar lampin untuk mengajar bahagian-bahagian badan atau
pakaian. Ceritakan sambil menukar lampin untuk mengajar bayi menjangka
rutin.
11.
SENTUH DAN RASA.
Simpan sekotak helaian kain dengan tekstur yang berbeza-beza; sutera,
kain tuala, kain kapas dan linen. Perlahan-lahan sapukan kain-kain
tersebut pada pipi, kaki dan perut bayi sambil bercerita bagaimana
rasanya.
12.
PERGI MEMBELI-BELAH.
Bila anda perlukan rehat daripada menari dan menyanyi, lawatlah
pasaraya. Wajah-wajah, bunyi-bunyian dan warna-warna yang ada di sana
menghiburkan bayi.
13.
BERI KATA KUNCI.
Jika anda berkata “Mak nak buka lampu ni,” sebelum menekan suis, anda sedang mengajar sebab dan akibat.
14.
BERI KEJUTAN.
Kadangkala, gembirakan bayi dengan meniup muka, tangan atau perutnya
perlahan-lahan. Cuba tiup sambil membuat corak dan lihat reaksinya.
15.
SEDIAKAN BANYAK TISU.
Jika bayi anda suka main tisu, biarkan sahaja. Dengan hanya beberapa
sen, anda mendapat alat mainan deria yang boleh direnyuk dan digosok.
Sorokkan mainan kecil di bawah tisu dan biarkan dia mencari.
16.
BACA BUKU.
Berulangkali. Saintis telah mendapati bahawa bayi semuda lapan bulan
dapat belajar mengenali turutan dalam cerita jika dibaca dua atau tiga
kali berturutan – ia dipercayai membantunya belajar bahasa.
17.
MAIN CAK-CAK.
Menyorok-nyorok bukan sahaja dapat membuatkan dia ketawa. Bayi anda belajar bahawa objek boleh hilang dan muncul kembali.
18.
JANGAN LUPA REHAT. Luangkan masa beberapa minit sehari dengan
hanya duduk di atas lantai bersama bayi anda – tanpa muzik, tanpa
cahaya terang, tanpa mainan. Hanya biarkan anak meneroka dan lihatlah ke
mana dia membawa anda.
19.
MAIN DENGAN WARNA.
Pilih satu warna dan suruh anak anda cari objek lain yang sama warna
sewaktu anda berdua berjalan atau menaiki kereta bersama. Kemudian,
suruh pula anak memilih warna untuk anda pula mencarinya
20.
BIARKAN DIA BERMAIN DENGAN MAKANANNYA. Apabila anak sudah
boleh makan, hidangkan makanan dengan tekstur yang berbeza – termasuklah
kacang pea dimasak, bijirin, pasta atau cebisan daging dikisar. Dia
dapat berlatih mencubit dan meneroka deria rasanya.
21.
ANGKATKAN SAHAJA.
Jika bayi anda asyik menjatuhkan barang mainannya dari kerusi makannya
yang tinggi, angkatkan dan beri kembali kepadanya walau berapa kali pun
dia melakukannya. Dia sebenarnya sedang belajar dan menguji hukum
graviti. Berikan dia beberapa keping kertas atau bola tennis, letakkan
besen besar di bawah kerusinya dan biarkan dia menjalankan eksperimennya
sendiri.
22.
BIAR DIA MEMBEBEL.
Bayi anda memahami suara tinggi dan bunyian aneh yang anda buat.
23.
LATIHAN MENEKA.
Gunakan beberapa cawan plastic dan sorokkan satu permainan kecil di
bawah salah satu cawan tersebut dan biarkan dia meneka sambil mencari
mainannya.
24.
BINA LALUAN HALANGAN.
Tingkatkan kemahiran motor dengan meletakkan kusyen sofa, bantal, kotak
atu permainan dia tas lantai dan kemudian tunjukkan kepada bayi
bagaimana hendak merangkak di bawah, di atas atau di sekeliling halangan
tersebut.
25.
IKUT RENTAKNYA.
Semakin anak anda membesar, dia semakin suka mencuba kreativitinya untuk
melihat jika anda benar-benar mengikut apa yang dia lakukan seperti
membuat bunyi aneh, merangkak secara terbalik atau ketawa.
26.
BUAT MUKA LAWAK.
Kembungkan pipi dan suruh anak sentuh hidung anda. Bila dia sentuh
sahaja, poof! Tiupkan ke mukanya. Suruh dia tarik telinga anda dan
jelirkan lidah. Buat bunyi yang pelik ketika dia memegang kepala anda.
Amalkan rutin yang sama tiga ke empat kali dan kemudian tukar caranya
untuk membiarkan anak kembali meneka.
27.
RASA SEKELILING ANDA.
Berjalan-jalanlah di sekitar rumah dengan mendukung bayi. Letakkan
tangannya pada tingkap, kain, daun dan objek-objek selamat yang lain
sambil me’label’ barangan tersebut.
28.
CERITAKAN KISAH DONGENG.
Pilih kisah dongeng kegemarannya dan tukarkan nama watak utama ke nama anak supaya dia seronok.
29.
BAYANGAN WAJAH.
Biarkan bayi anda merenung dirinya di dalam cermin. Dia mungkin
menyangka yang dia sedang memerhatikan budak comel yang lain, tetapi dia
akan menyukainya bila bayi “yang lagi satu” senyum dan melambai
padanya.
30.
(KADANGKALA) BIARKAN DIA JADI BOS.
Bina keyakinannya dengan memberi peluang untuk dia memilih salah satu
daripada dua pilihan: mangkuk berlainan warna ketika waktu makan,
contohnya. Dia akan tahu bahawa keputusannya diambil kira – dan boleh
berlatih menghafal nama warna.
31.
GOYANGKAN BADAN. Ajar anak untuk menari twist dan menjerit,
mengepak seperti ayam atau berpusing seperti ballerina. Boleh juga
menggoyangkan badannya dengan berzikir contohnya
LAILAHAILALLAH..LAILAHILALLAH .
32.
JADILAH TAMAN PERMAINAN.
Berbaring di atas lantai dan biarkan bayi anda memanjat dan merangkak
di atas anda. Ia lebih murah daripada membeli gymnasium mainan dan lebih
menyeronokkan. Anda dapat meningkatkan koordinasi dan kemahiran
menyelesaikan masalahnya.
33.
KIRA SEMUANYA.
Kira berapa banyak blok kayu yang boleh anak anda susunkan. Atau jumlah
anak tangga dalam rumah anda. Atau jari jemari tangan dan kakinya. Kira
dengan kuat dan pasti dia akan mengikut anda.
34.
GUNAKAN MASA BERCERITA SEPENUHNYA.
Tunjukkan segala gambar dengan terperinci, dan Tanya anak anda segala
jenis soalan daripada soalan abstrak (“adik rasa kenapa Pekan nak makan
telur tembakul ibunya?”) sehinggalah ke soalan konkrit (“Pernah tak adik
nampak kucing putih?”)
35.
TUTUP TV.
Bayi anda memerlukan interaksi secara berdepan drngan seseorang yang
tidak dapat diberikan oleh rancangan TV, walau sebaik manapun rancangan
itu mengajarnya
36.
TUKAR PEMANDANGAN.
Tukar kedudukan kerusi makannya di sebelah meja yan lain. Anda dapat
mencabar memorinya untuk mengingat di mana hidangan diletakkan setiap
kali waktu makan.
37.
MAIN PERMAINAN MEMORI WAJAH KELUARGA.
Ambil gambar wajah-wajah ahli keluarga yang penting dlam kehidupan bayi
anda, buat dua salinan bagi setiap satu gambar – dan anda sudahpun ada
satu set kad suai padan. Susunkan ia menghadap ke atas di atas lantai,
dan bantu anak anda mencari dua kad yang serupa. Semakin bayi anda
membesar, anda boleh mengubah cara bermain dengan menyusunnya menghadap
ke bawah (menelangkupkannya) .
38.
RAKAM VIDEO UNTUKNYA.
Tonton video bayi anda mandi buat kali pertama, belajar merangkak, main
dengan nenek dan datuk bersama-sama dengannya. Ceritakan kisah video
itu untuk mengasah kemahiran berbahas dan memorinya.
39.
MAIN HUJAN.
Lompat ke dalam lopak air yang besar. Duduk di atas rumput basah
bersamanya. Walaupun kotor, ianya menyeronokkan dan merupakan salah satu
cara belajar tentang basah dan kering.
40.
MENANGKAP SERANGGA.
Tunjukkan gambar serangga tidak berbahaya (kumbang ladybird, cengkerik,
rama-rama) di dalam majalah atau buku, kemudian pergi ke taman bunga
untuk mencarinya.
41.
BERGURAU-SENDA.
Tunjukkan gambar Pak Cik Mat dan katakana “Ini Ibu.” Kemudian akui
ke*****an anda dan ketawakan ‘gurauan’ anda itu untuk membina naluri
humour dalam dirinya.
42.
MAIN DENGAN PAKAIAN.
Biarkan anak anda bermain dengan pakaian lama ayahnya. Cari kembali
topi-topi, skarf atau sarung tangan lama. Main permainan olok-olok dan
biarkan kreativiti dan imaginasinya membawa anda.
43.
AJAR TENTANG ISIPADU.
Kumpulkan cawan-cawan atau bekas plastik yang berbeza saiz, dan biarkan
anak anda memenuhkan air ke dalamnya. Kadangkala, dia akan hanya
menuangkan sehingga setengah penuh. Terangkan kepadanya cawan yang mana
lebih besar dan yang mana lebih kecil.
44.
HASILKAN ALBUM KELUARGA.
Masukkan gambar saudara mara jauh dan dekat, selalulah melihatnya untuk
membina memori anak anda. Sewaktu neneknya menelefon, tunjukkan gambar
nenek sewaktu anak bercakap dengannya di telefon.
45.
SURUH ANAK MEMBUAT KERJA.
Anak kecil boleh membantu mengasingkan pakaian yang ingin dicuci
mengikut warna. Dia juga boleh mengasingkan bajunya di antara baju-baju
lain.
46.
PERGI KE PERPUSTAKAAN.
Ambil peluang bila perpustakaan anda menganjurkan sesi bercerita atau
tayangan teater boneka. Selain itu, barisan buku-buku juga pasti tidak
menjemukan.
47.
CONTOHI CARA SESAME STREET.
Khaskan satu minggu untuk satu abjad. Contohnya, baca buku yang bermula
dari A, makan makanan A, potong snek mengikut bentuk A, dan tulis huruf
A di halaman luar rumah dengan kapur.
48.
MAIN BERULANG-ULANG.
Cari semula permainan lamanya sewaktu dia masih bayi. Anda pasti kagum
dengan kebolehannya mencari cara baru untuk bermain dengan permainan
lamanya itu.
49.
MAIN “TIRU-MENIRU”.
Merangkak dengan kelajuan yang berbeza-beza supaya anak boleh meniru anda. Berhenti sekali-sekala untuk bermain permainan lain.
50.
BERCAKAP TENTANG PERASAAN.
Peluklah dia waktu dia ingin tidur dan tanya apa yang membuatkan dia
gembira atau sedih hari ini. Apa yang membuatnya marah atau bangga? Anda
akan bantu dia memahami apa yang telah berlaku dan cara melabel emosi.
Aktiviti ini harus dikekalkan sehinggalah dia masuk Universiti nanti.