New begining..
1. Sekitar usia 3 bulan, bayi mula menelan air ketuban dan mengeluarkannya kembali
sebagai air kencing. Ini untuk melatih sistem pencernaan dan
perkumuhannya.
2. Bayi boleh menangis sejak di dalam perut lagi. Sekitar usianya 3
bulan, peti suara sudah mula terbentuk dan bayi sudah mula menangis
tetapi dalam diam.
3. Seawal usia 4 bulan, bayi mula meneroka ruang di sekelilingnya. Dia
mula bermain dgn tali pusatnya, menghisap ibu jarinya sendiri, berenang- renang, menendang sekelilingnya dan berpusing- pusing
di dalam kantungnya. Tetapi lazimnya ibu yang baru pertama kali hamil
tidak akan menyedari pergerakan bayi sehigga usianya 5 bulan.
4. Ketika usianya memasuki 4 bulan, bayi akan mula tersedu untuk melatih
sistem pernafasan. Bila bayi tersedu, ibu dapat merasakan getaran halus
at
5. Pada usia 5 bulan, bayi mula
memberi reaksi kepada bunyi di luar perut ibunya dan akan menutup
telinga dengan tangannya sendiri apabila mendengar bunyi kuat.
6. Sekitar usia 6 bulan, memori bayi mula terbentuk dan bayi dapat
mengingati dan mengenali suara ibu bapanya dan mula meneroka anggota
tubuh badannya.
7. Seperti kita, bayi di dalam perut juga bermimpi seawal usianya 7
bulan. Aktiviti bermimpi ini akan melatih perkembangan otak bayi.
8. Apabila otaknya sudah terbentuk, bayi akan dapat merasai kesakitan
sejak di dalam rahim lagi. Apabila ibu tertekan atau stress, emosinya
juga terganggu dan menyekat perkembangan mentalnya.
9. Sebaik sahaja deria rasanya terbentuk, bayi juga dapat merasa makanan
yang dimakan oleh ibunya dan boleh mengerutkan dahinya dan memuncungkan mulutnya sebagi reaksi kepada rasa pelik makanan yang dimakan oleh ibu.
10. Sebaik sahaja lahir, pertama kali
bayi membuka mata, anak matanya akan membesar untuk menampakkan
kecomelannya untuk memikat hati orang di sekeliling terutama ibu
bapanya. Sebab itulah bayi nampak comel ♥
suka no 10 sangat2...mata yg chomel akan memikat org disekeliling,terutama mummy & daddy...
ReplyDelete