Tuesday, 16 October 2012

my imman selalu muntah susu :(

sejak kebelakangan ni,imman selalu sangat muntah2..lepas minum susu,mase sedawa,tengah tido pon bleh jadi..risau sangat2..kesian pon ade,sebab bila muntah banyak macam tu,perut kosong..mula la dia merengek2 nak susu..lapar kot..:( bila dah selalu sangat macam ni,terpaksa jugak cari ape sebab selalu macam ni..kadang2,teori2 org tua2 ni bukan boleh percaya,banyak mitos dari fakta.. bukak pakcik google,carik la ape punca baby muntah2..
Simptom Refluk
  • Muntah selepas sendawa
  • Muntah terjadi sebaik minum susu
  • Susu keluar lebih banyak especially bila dah overfeed
  • Keluar secara effortless – keluar tiba-tiba je
  • Ada hiccup yang sentiasa berulang
Tips2 yang munkin berkesan untuk imman..

  • Sendawakan baby lebih kerap, semasa dan selepas menyusu.
  • Kurangkan tekanan pada perut- jangan berbekung atau memakai lampin yang ketat.
  • Mengiringkan Imman belah kanan time awal-awal nak tidurkan Imman.
  • Time baringkan tu, tinggikan sikit kepala Imman.
  • Imman suka menyusu. Pantang celik.. So, kene kurangkanbagi susu terlalu banyak dalam satu masa untuk elakkan overfeed.sekurang2nya dua jam sekali,kerana bayi memerlukan sekurang2nya dua jam atau lebih untuk menghadam susu..walaupon kite tengok dia macam lapar,sebenarnya itu normal untuk bayi..
  • Sentiasa perhatikan imman,sebab dalam tido pon boleh muntah jugak..risau kalau keluar dari hidung jer..
  • Elakkan membuai,selepas menyusu..takut2 imman pening,pon boleh muntah jugak.
  • Susukan Imman dalam keadaan menegak,jangan sesekali bagi susu sewaktu baring..amat merbahaya bagi bayi..

  • Ini antara tips yang boleh kita praktikkan. Tetapi kalau kita rasa macam teruk and risau sebab muntah banyak sangat, ataupun berat dia macam tak naik, sebab makan keluar balik ataupun dia asyik nangis-nangis je.. Sebaiknya consult terus dengan doktor walaupun kebanyakkan refluks ni boleh hilang sendiri. Baby ni, kita tak tau masalah dia kat mana,atau sebelum ape2 yang buruk berlaku pada bayi kite..sebaik-baiknya kite tanganinya sebelum terlambat..baby ni bukan boleh cakap pon kan,kesian kat dia..sakit ke,lapar ke,.nangis je la kejenya..kite sebagai ibu bape,kene la peka pada anak kite...

    Princess yang keletihan :)

    No comments:

    Post a Comment