Alhamdullilah,sepanjang mengandungkan imman,mummy sangat2 senang.tak mengalami ape2 alahan,tak mengidam yang susah2,tak banyak ragam,dalam perut lagi imman dah banyak senangkan mummy..imman sorg baby yang sangat aktif masa dalam perut,berpusing2 tiap masa..sampai mummy daddy tatau awak ni tido ke tak,hihi tapi takpe mummy tak kisah pon..
Makin lama,makin besar awak kat dalam peyut..mummy pon tiap hari cari nama yang sesuai untuk awak,bukan setakat sesuai,tapi supaya nama tu jugak nama yang baik untuk awak..setiap nama yang mummy carik untuk awak,mummy akan carik maksud disebalik nama tu..supaya maksud nya indah dan baik..
Sumayyah..mummy sangat2 tertarik dengan nama sumayyah..mummy cuba carik ape maksud atau cerita disebalik nama itu..bila mummy baca kisah sumayyah,mummy rasa terharu yang teramat..ketabahan seorg wanita yang mempertahan agamanya walaupon tersiksa..satu harapan mummy..nur imman sumayyah menjadi sekuat dan sama seperti sumayyah..
*Sumayyah binti Khayyath, syahidah pertama umat Islam yang menumpahkan darahnya demi mempertahankan keimanannya bersama suami dan anak lelakinya.
*Seorg hamba sahaya milik Abu Hudzaifah bin Al-Mughirah.dikahwinkan dengan seorang lelaki asal Yaman yang bernama Yasir bin Amir yang merupakan perantau di kota Makkah.
*Hasil perkahwinannya Sumayyah dikurniai anak lelaki yang diberi nama Ammar bin Yasir. Melalui anak lelakinya inilah, pasangan Yasir dan Sumayyah mengenali agama Islam.
*Ammar yang mula menginjak usia remaja mendengar khabar tentang kedatangan nabi baru yang membawa ajaran Tuhan. la pun segera mencari dan ingin membuktikan khabar tersebut. Sebaik sahaja mengenali Rasulullah s.a.w., Ammar pun terus jatuh hati dan langsung mengucapkan ikrar syahadatnya.
*Ammar berkongsi cerita gembira ini bersama ayah bundanya. Berbeza dengan kebanyakan orang Quraisy yang anti bahkan memusuhi Islam, Yasir dan Sumayyah justeru menyambut gembira khabar gembira ini. Bahkan mereka kemudian mengikuti jejak Ammar untuk bersyahadat dan menjadi Muslim dan Muslimah.
*Abu Huzaifah sangat marah apabila mengetahui keluarga yasir telah memeluk islam dan meninggalkan berhala meraka. Namun ketiganya berkeras mempertahankan keyakinan mereka.
Seperti yang dialami oleh golongan awal yang memeluk Islam, Yasir, Sumayyah, dan Ammar mengalami banyak sekali halangan dan cubaan. Hal ini ditambah lagi kerana status keluarga mereka yang bukan daripada kalangan bangsawan Quraisy. Akibatnya penderitaan yang mereka alami keterlaluan dan mereka diseksa dengan kejam melampaui batasan kemanusiaan.
*Orang yang paling kejam menyeksa mereka adalah orang-orang yang selama ini melindunginya iaitu daripada kalangan Bani Makhzum yang dipimpin Abu Hudzaifah. Sumayyah yang merupakan seorang wanita, dihumban ke atas pasir, lalu tubuhnya ditimbus dengan pasir yang sangat panas.
*Seakan belum puas hati, dada Sumayyah kemudiannya dihimpit dengan batu besar supaya ia tidak dapat bernafas. Lalu mereka memaksa Sumayyah untuk mengimani berhala-berhala nenek moyang mereka. Namun wanita solehah ini tetap bertahan dengan keyakinannya kerana ingat janji Allah SWT bagi hamba-Nya yang bertakwa, iaitu syurga.
*Mereka terus mendapatkan seksaan yang sedemikian keji. Mereka didera, dicambuk, disalib di padang pasir yang terik, ditindih dengan batu panas, dibakar dengan besi panas, bahkan sampai ditenggelamkan ke dalam air hingga sesak nafasnya dan mengelupas kulitnya yang penuh dengan luka.*Suatu hari ketika Ammar sudah tidak mampu untuk menanggung penyeksaan, ia kemudian mengadu pada Rasulullah s.a.w. mengenai keadaannya. Rasul yang setiap hari datang memberikan sokongan lantas berseru, "Sabarlah, wahai kedilontarkan Bilal bin Rabah. Hal ini semakin meningkatkan amarah orang Quraisy kerana gagal melunturkan keimanan mereka.
*Hingga suatu ketika, orang Quraisy berasa putus asa dengan keteguhan iman ketiganya, mereka memutuskan membunuh Sumayyah. Adalah Abu Jahal yang melaksanakan perbuatan keji tersebut. Dengan tombaknya yang runcing, Abu Jahal menjadikan Sumayyah mujahidah pertama yang gugur di jalan Allah apabila tombak .tersebut menembusi dada Sumayyah.
*Menjelang wafatnya, tidak sedetik pun Sumayyah menggadaikan keimanannya. Sumayyah binti Khayyath simbol ketabahan hati, kekuatan iman, dan ketangguhan jiwa seorang mujahidah. la rela mengorbankan segala-galanya, termasuk jiwa dan raganya demi Islam.
*Sumayyah binti Khayyath syahid dengan meninggalkan teladan yang luar biasa. Tidak hairan ia menjadi wanita yang sangat mulia dengan keberanian dan ketabahannya.luarga Yasir. Tempatyang dijanjikan bagi kalian adalah syurga."
*Sekalipun berat seksaan yang diterima, namun ketiganya tetap mempertahankan keislamannya.
Ketika berada dalam keadaan sedar, tidak ada satu pun kalimat yang teriontar dari mulut ketiganya kecuali kalimat "Ahad..Ahad.." seperti yang
Indah sungguh nama sumayyah semulia dirinya..harapan mummy,imman menjadi anak yang solehah..taat pada perintah ALLAH SWT dan juga anak yang berbakti kepada kedua org tuanya..kerana,doa yang baik adalah doa anak2 kepada ibubapanya apabila mereka tiada kelak..Mummy n daddy sangat2 menyayangi imman seluruh jiwa dan sentiasa mendoakan imman dunia dan akhirat..amin:)
bukan sekadar nama, tetapi nama yg membawa maksud n kisah yg sgt besar. moga Nur Imman Sumayyah menjadi org yg cekal dlm kehidupan. Aminn
ReplyDeleteamin..in shaa ALLAH..
ReplyDelete